Distance.Over.Time
Tup tap tup tap
Pejam celik pejam celik
Sok sek sok sek
Habis satu sem sudah..
Bagi yg bekerja, cutinya hanyalah sabtu ahad plus cuti2 awam; menjadikan dia tidak sedar bila masanya cuti bagi mereka yg belajar. Untuk student2 postgrad, tak sedar bila cuti pelajar undergrad. Dan bagi pelajar undergrad,terlupa bilanya cuti pelajar2 sekolah. Ini mungkin bagi sebahagian insan atau aku je kot. Namun, begitulah masa berlalu, dan terus berlalu; sama ada disedari atau tidak. Yang pasti, masa tidak akan kembali.
TIME is LIFE. Acceptable or not, ponder for yourself.
Apa yang kita dapat apabila jarak dibahagi masa?
Ya, kadar laju.
Sekarang, ini adalah kes manipulasi.
Katakan jarak di sini merupakan mildstone atau titik yg ingin ditiba dalam hidup. Dengan jumlah masa yg telah diketahui, berapa kelajuan yg diperlukan utk ke destinasi?
Aku ambil diri sendiri sebagai contoh. Sekarang aku perlukan 2 tahun (masa) untuk memperoleh segulung ijazah master (mild stone). Jadi berapa kelajuan yg perlu aku pecut untuk sampai ke destinasi? Andai aku membawa kereta, di gear berapa perlu aku masuk supaya kerja-kerja lab aku dapat disiapkan? Supaya assignment aku dapat disubmit on time? Supaya progress aku sentiasa in progress? Supaya aku sempat siapkan writing dan publish journal? Dan semua ini dalam tempoh dua tahun (belum lagi perkara-perkara lain yang hendak/perlu dilakukan dalam tempoh tersebut) agar tidak end up keciciran atau extended. Boleh tak analog ni digunakan dalam titik2 hidup kita yg lain? Hrmm..
2012, antara hot movie bulan November. Satu tarikh yg dianggarkan akan berlaku ‘The day’. Tarikh yg diandaikan saat bumi tidak lagi mampu menampung kerosakan alam dek aktiviti manusia yg melampau lalu meletuplah ia memuntahkan isinya. Saat bebintang dan komet2 lari dari paksinya lalu jatuh menjunam menghempas bumi. Saat air bergelora naik menutupi gunung- ganang. Ok, kita ketepikan komentari kelogikan dan graphic yg digunakan. Yang pasti, hari kiamat lebih dahsyat dan kita tidak tahu masa sebenar hari yg dijanjikan itu, apalagi bila ajal kita. Pokoknya, kiamat dan ajal itu pasti. Persoalannya, mengapa kita tidak diberitahu bila masa berlaku ya? Would it help if we know when? Andainya 2012 itu benar2 tarikhnya, adakah kita akan bersegera menyediakan diri menghadapinya? Katakan sekarang mildstone kita adalah hari kiamat, dan masanya adalah 2012 (Wow, dalam dua tahun lagi tuh!), jadi berapa gear kita nak masuk dalam mempersiapkan diri menghadapinya? Apa yg boleh kita lakukan dalam tempoh dua tahun agar kita tidak gentar bila tiba saatnya? Agar kita berada di kalangan mereka yg menerima syafaat(pertolongan) di hari penghisaban? Agar kita selayaknya menerima ‘report card’ dengan tangan kanan dan kembali dengan penuh keriangan? Hrmm…
“Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah; anda hidup
Unuk pemikiran yang benar dan kukuh
Untuk aqidah yang terbesar yang menyelesaikan urusan alam yang lampau
Jawablah soalan yang disoal oleh orang yang tertanya-tanya semasa mereka mengahayati petunjuk
Dari manakah aku datang?
Ke manakah aku hendak pergi?
Kenapa aku dijadikan?
Adakah aku hidup kembali?
Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa
Terusir segala keraguan yang nakal dan derhaka
Terdidiklah fikiran yang waras
Terciptalah akhlak yang mulia
Dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng kepada jalan yang benar dan lurus
Hidupmu akan dikurniakan nilai
Oleh tuhanmu agar hidupmu terbina
Supaya matamu memandang di segala ufuk
Ke arah cita-cita yang tinggi dan mulia
Lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat
Di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana’
Kau tudung bumimu dengan langit
Dan para malaikat menjadi saksi
Itulah aqidah Islam untuk muslim yang bahagia
Itulah asas, itulah tiang serinya
Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik dengan namanya;
Dialah orang yang berbahagia
- Dr. Yusuf Al-Qardhawi -
p/s to dearest me: Walk the Talk













